Pengurusan & Pentadbiran

Pengurusan & Pentadbiran SR Scaffolding Resources Sdn. Bhd.

CHIEF EXECUTIVE OFFICER : EN NORHISHAM BIN MOHD ARIFIN 

CHIEF OPERATING OFFICER: MOHD SAZLI BIN ZAH @ A AZIZ    


VISI

Menerajui bidang pendidikan yang berasaskan kemahiran dan membangunkan tenaga kerja negara yang profesional dan bertaraf dunia

MISI

Menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan dan memberikan program yang berkualiti dan kompetatif bagi merealisasikan serta menghasilkan sumber manusia yang berpengetahuan, berpotensi, mahir dan berdaya saing sesuai dengan kehendak pasaran dan keperluan global.

OBJEKTIF

Membantu ke arah pengeluaran tenaga kerja yang optimum dengan melatih belia-belia di dalam bidang kemahiran yang berkompeten bagi menyahut misi dan visi kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja berprofil tinggi khususnya di dalam bidang minyak dan gas.

LATARBELAKANG

SR Scaffold Sdn. Bhd.  (SRSB) adalah adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang telah dirancang begitu teliti seawal tahun 2008 dan ditubuhkan pada bulan Disember 2009.

Penubuhan SRSB bertujuan untuk menyahut hasrat dan aspirasi negara dalam melahirkan modal insan yang mahir dan berkualiti secara profesional menerusi Pusat-Pusat Latihan yang disediakan. Pusat-Pusat Latihan yang dilantik sebagai pengendali kursus di bawah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW), Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera di bawah Jabatan Perdana Menteri, Yayasan Sarawak, serta bekerjasama rapat dengan NIOSH Malaysia. SRSB telah didaftarkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia sebagai penyelia latihan. 

Kehadiran satu-satunya pusat latihan swasta yang bergiat aktif dan mendapat perlesenan menjalankan program latihan kompetensi (Scaffolding) di bawah Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia ini dilihat sebagai kesinambungan kepada usaha kerajaan untuk membagunkan modal insan dalam merealisasikan misi negara khususnya dalam bidang Minyak dan Gas (Oil & Gas).

Bagi menyokong perkhidmatan latihan yang ditawarkan bengkel-bengkel latihan SRSB yang terletak di Terengganu, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak dibuka  bagi tujuan `direct practical`. SRSB juga menyediakan kemudahan penginapan dan makan minum untuk peserta-peserta kursus. Pengalaman luas Pengarah Urusan dan warga kerja SRSB dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Safety and Health) ini disertai dengan penyediaan prasarana sebuah Institusi Latihan yang lengkap dan selesa dengan kemudahan latihan serta penginapan cukup untuk mengendali 1,000 pelatih pada satu-satu masa, serta hubungan baik yang terjalin dengan industri di dalam bidang Minyak dan Gas diharap dapat menjadi penyumbang kepada pembangunan tenaga kerja mahir yang profesional sekali gus menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Create your website for free! This website was made with Webnode. Create your own for free today! Get started